Logo

Logo

Friday, August 31, 2018

Personal Loan 2018


Kami Kembali Beroperasi. Kini di Padang Serai, Kedah

Alamat dan Perhubungan

RTS TANDOP MARKETING & MANAGEMENT
NO 3100, JALAN MAHSURI 9/J,
    TAMAN MAHSURI, 09400 PADANG SERAI,
    KEDAH DARUL AMAN
NO TEL   : 013-597 7998 (CALL/SMS/WHATSAPP)




Tuesday, March 8, 2016

Gerhana Matahari 2016 (Solar Eclipse)

 Sempena Gerhana Matahari pada hari ini, 9 Mac 2016, disunatkan untuk Solat Sunat Gerhana (Kusuf)
 
 Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
.
Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.

‘Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari’ tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara ketika membaca surah.

Cara-caranya:.
.
1.  Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).

3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :



Khutbah Solat Gerhana :

  1. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.
  2. Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
  3. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
  4. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.