Logo

Monday, November 28, 2016
Tuesday, March 8, 2016
Gerhana Matahari 2016 (Solar Eclipse)
Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi
muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang
bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum
dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di
mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh
dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan
utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat
Jumaat.
.
Sebaiknya
dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari
raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa
ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat,
sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.
‘Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari’ tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam
semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara
ketika membaca surah.
Cara-caranya:.
.
1. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).
3. Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di
dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali
rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.
.
4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
5. Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
Khutbah Solat Gerhana :
- Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.
- Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
- Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
- Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.
Monday, February 1, 2016
Our New Page New Image New Life
RTS Tandop Marketing & Management kini menggunakan laman web terkini di rtstandop.blogspot.com. Perkhidmatan Kami:
1. Agen pembiayaan peribadi bagi Kakitangan Kerajaan & Badan Berkanun
2. Renew Roadtax dan Insurans Online
3. Agen Jualan Kenderaan Baru dan Terpakai
4. Agen Jualan Tanah dan Rumah
5. Tempahan Katering & Event Management
6. Khidmat Cucian Rumah dan Pejabat
7. Consultant bagi Qaisara Herbs (Baru)
Subscribe to:
Posts (Atom)